Dalam pada mendengar syarahan selama 2 jam 30 minit itu di mana 30 minit pertama oleh Prof Dr Mohd Hassan Mohd Osman dan Dr Mohd Nor Hakimin dan di ikuti oleh 2 jam berikutnya oleh Tuan Ali Hassan.
Pada 30 minit terakhir fikiran saya mula mencapai titik jenuh apabila terlalu banyak video dimainkan oleh team Tuan Ali Hassan. Fikiran menerawang teringat akan lawatan ke VASA Museum di Stckholm Sweeden, satu ketika dahulu, semasa saya dalam dunia korporat.
Kapal perang yang dibina pada tahun 1628 itu antara kapal perang terbesar pada masa itu. Dibuat atas arahan King Gustavus Adolphus, dalam ketergesaan menurut perintah, kapal yang dilorek cantik itu terlebih berat pada bahagian atas dan ianya tenggelam sebaik sahaja memulakan pelayaran satu batu nautika dari pelabuhan.
Berapa banyak syarikat besar jadi begitu. Tenggelam ke dasar sebelum jauh berjalan. Kejayaan tidak datang pada leader yang ego besar. Menolak pandangan dari pasukan lantaran percaya diri yang entah apa apa tanpa ketahuan.
Perjalanan keusahawanan ini panjang dan berliku simpang. Beri-lah apa jua ilmu sekalipun. Ia tetap perlu pada pengalaman di medan. Satu kapal yang terbina indah atas daratan belum tentu mampu melayari lautan penuh gelombang.
Apple telah dinamakan sebagai produk paling bernilai untuk 5 tahun berturut turut. Sedangkan pada waktu mula Apple mahu memasuki sektor mobile phone, Nokia hanya mengira ianya sekadar cabaran kecil yang tidak perlu diberi perhatian serious. Lantaran ego, Nokia mengukangi sejarah kapal perang VASA.
Fikiran saya juga membandingkan apa yang saya dengar dari Tuan Ali Hassan dengan apa pernah dikongsi oleh Lee Thiam Wah. LTW lahir tahun 1964, kena penyakit polio, hilang upaya berdiri atas kaki sendiri dan bersekolah setakat darjah 6. Ada 11 adik beradik.
Bapa kerja buruh ditapak binaan. Emak penjaja. Hari ini pemilik Speed Mart 99 ini ada 175 cawangan, dengan pekerja seramai 2000 orang dan perolehan jualan rm150 juta setahun.
Untuk tetap sibuk, walaupun tidak ke sekoalh, LTW membaca buku yang dipinjam dari jiran. Dia juga menjual makanan ringan di sebuah gerai di tepi jalan. Tidak merintih jauh sekali dari meratap.
"Saya perlu membantu diri saya. Tiada siapa yang akan mengupah saya kerana keadaan fizikal saya, "kata LTW secara bersahaja. Nenek beliau selalu mengingatkan ikrar cara lama Cina
"Apabila kita tidak bekerja keras, apa lagi nilai yang kita ada".
Apabila LTW berusia 23 tahun pada tahun1987 dia ada simpanan $ 5,000 , cukup untuk memulakan kedai runcit. Itulah tempat LTW belajar memulakan pendidikan runcit beliau. LTW berkata,
"Saya tahu apa yang pelanggan mahu beli. Saya tahu semua pembekal dan harga mereka. Dan saya belajar dengan pesaing saya. "
Pada tahun 1992 tatkala berusia 28 tahun, LTW menjual perniagaan kedai runcit itu, dan kini dengan RM88,000, dia membuka mini mart.
LTW berkata,
"Saya mahu cabaran untuk menjalankan perniagaan yang lebih besar. Jika kita tidak mempunyai skala kita tidak boleh bersaing dengan dewan perubatan Cina mengenai harga, dan kita tidak boleh bersaing dengan pasar raya besar dari segi rangkaian.
Pada tahun 1999 , LTW menukar nama kepada perniagaan 99 SpeedMart.
Fikiran jauh membayangkan andai ini didedahkan kepada pelajar UMK oleh Profesor Dr Mohd Hassan Mohd Osman dan pasukan nya disamping segala ilmu perlu yang telah dikongsi dalam kelas , InshaAllah pelajar pelajar ini akan jadi usahawan berjaya pada masa depan.
Saya orang kampong Baung, hanya 5 km dari UMK boleh juga tumpang dengar dari belakang andai program begini kerap diadakan.
No comments:
Post a Comment