Selepas kupasan panjang bersiri dari syarahan saya dengar di UMK ini, suka saya berperi dua perkara yang melatari perbincangan sebegini:
1..Tuan Ali Hassan bukan seorang penyampai yang cemerlang. Beliau tidak membilang dari satu sampai berbelas fakta. Kita lah yang mesti pandai menimba apa yang sesuai untuk dibawa pulang dalam hitung kira ilmu keusahawanan.
2. Tuan Ali Hassan tidak membaris kata sebaik Pensyarah sebelumnya Dr Mohd Nor Hakimin yang sangat teratur dan berstruktur. Tuan Ali Hassan bercakap dari hati. Namun apa yang pasti keyakinan diri beliau jelas sekali.
Seorang Profesor dari UMK, Prof Dr Farok bin Zakaria bertanya, apakah faktor penguasaan Bahasa Inggeris menjadi faktor penting membolehkan seseorang usahawan berjaya membina network di luar negara. Nyata, soalan ini meransang "bulu roma" Tuan Ali Hassan tegak berdiri.
Beliau menjawab dengan yakin diri, "Tidak". Bahasa Bisnes itu mudah, kata Tuan Ali Hassan. Cukup dengan mengetuai basik. Terma terma bisnes. Kemudian kayuh lah setakat boleh. Apa yang penting rundingan itu mahu di sudahkan supaya menjadi.
Pada hemat Tuan Ali Hassan, bukan bahasa yang menghalang kita mahu berjaya dalam dunia bisnes. Apa yang menghalang kita adalah "kurangnya keyakinan diri". Kita mudah mengalah. Kita mudah berputus asa.
Dalaman kita tidak kuat. Kita mudah mengalah pada halangan yang datang bertali arus. Kita mahu segalanya mudah "supaya yang bulat datang menggolek dan yang pipih terbang melayang".
Disebalik saya Tuan Mohamad Zaidan Abdul Rahim, anak muda yang kenal ramai orang politik. Saya bertanya diri, apakah anak muda sebelah saya yang sudah larut dalam "dunia subsidi" ini dapat bersaing dalam dunia terbuka tanpa tender dan kontrak yang sedang diungkap nyata oleh Tuan Ali Hassan ini.
(Bersambung)
No comments:
Post a Comment